Saturday, 21 July 2012

RAMADHAN KAREEM....ALLAHU AKRAM..

Assalamualaikum w.b.t

Pada kesempatan kali ini,juga sempena bulan Ramadhan yang baru menjengah,nak ucapkan Salam Ramadhan dan selamat menjalaninya dengan sukses dan lebih cemerlang dari tahun2 sblmnya!!
Syukur pada Allah kerana masih beri kita kesempatan,bukak peluang nak rebut pahala dalam bulan yang mulia ini..Dan istimewa untuk kali ini,,nak kongsikan sedikit apa yang dapat dari pembacaan dan juga dari ceramah Ramadhan..Moga bermanfaat hendaknya..Iaitu,,tentang kelebihan buah kurma yang seperti mana kita sedia maklum,kurma mempunyai pelbagai khasiat..

~Mempunyai kadar gula sebanyak 50%
   -Iaitu glukosa dan fruktosa yang memberi tenaga dan memudahkan penghadaman.
~Juga terdapat protein yang dibina daripada 23 jenis asid amino
~Lemak,Vitamin A, B2 dan C.
~Terdapat mineral penting seperti kalsium,kalium(potassium),magnesium,natrium(sodium) dan juga fosforus.
~Ia juga merupakan sunnah Nabi berbuka dengan buah kurma..Sabda Nabi S.A.W:
"Apabila seseorang daripada kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia adalah suci."(Riwayat Al-Tarmizi no.594)

Bnyak lagi kelebihan kurma,,nantikan post yang seterusnya,,ok..

No comments:

Post a Comment