Saturday, 22 September 2012

Stressss II

Assalamualaikum,,so nie sambungannya!!
Selamat membaca!!

Kedua: Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah Taala yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang yang berdusta."(Surah Al-Ankabut:2-3)

Ketiga: Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat menggugurkan dosa.
Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah SWT akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Keempat: Kesulitan, masalah dan kesempitan yang dialami akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekali gus akan menyedarkan akan keagungan dan kekuasaan Allah SWT.
"Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan mereka berkata: Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)

Kelima: Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan(nikmat) dan kesengsaraan (bala).Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran...

Keenam: Ujian adalah sebagai tanda Allah SWT mencintai seseorang itu..^___^
Nabi SAW bersabda,maksudnya: "Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadaya." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Ketujuh: Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami oleh orang lain...

Kelapan..last but not least..: Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah kita. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya masalah itu besar, cubalah dapatkan pendapat mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama!!:-)

Wednesday, 19 September 2012

Stresssss..

Assalamualaikum,,,,
huh,,bile tengok title p0st macam da tau ape blogger nie nak share..jap3..memang nak cite pasal stress,,tapi bukan nak bgtau cerita2 yang menyebabkan stress,,ada sesuatu yang nak saya kongsikan di sini..^_^..


Dalam Bahasa Melayunya tekanan..kalo ikot kamus,,stress nie membawa maksud 'tekanan' atau 'titik berat'.So bile seseorang tu stress,besar kemungkinan dia menghadapi tekanan hidup dan perasaan.

Seringkali kita dengar stress nie ada kaitan ngan perkara negatif berbanding positifnya.Ia dianggap suatu yang membebankan, menyusahkan dan menyesakkan emosi dan minda kita.Perlu kita fahami,stress juga boleh bagi kesan positif kat kita..Ia merupakan suatu mekanisme yang boleh menggerakkan motivasi diri untuk mencapai sesuatu tujuan dan matlamat..

Apabila berdepan dengan masalah, kita seringkali rasa tertekan, fikiran bercelaru kerana terlalu fikirkan masalah tu..Jom saya kongsikan beberapa cara macam mana nak ringkan tekanan..Moga bermanfaat!! :)

Pertama,bersabar dengan segala yang menimpa..Firman Allah Taala dalam Surah Al-Luqman ayat 17 yang bermaksud: "Wahai anak-anakku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya."

~Sabar99...nak letak playlist tak menjadi2..dah dekat 2 jam duk mengadap bende alah nie..huh..
~TO BE CONTINUED,,^__^